Isnin, 2 Ogos 2010

Apakah itu obesiti?


Apakah itu obesiti?


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).

Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

                                 Berat (kg)

       BMI =     -------------------------------------

                      (Tinggi (m) X Tinggi (m))

• Bawah 18.5 kurang berat

• Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat

• 23 hingga 27.4 agak lebih berat

• 27.5 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun

• mengandung atau menyusukan anak

• seorang ahli sukan yang aktif



Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit kardiovaskular(berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu semasa makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorang daripada individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti dapat digambarkan dilihat seperti gambar di atas.



PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang  yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Selasa, 2010 Ogos 03


FAKTOR KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

DIET YANG TIDAK SEIMBANG

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

KURANG MENGGUNAKAN TENAGA

Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya.

Metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.

Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal. Jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.

Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK.

BUDAYA MAKAN MALAM

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit,


Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.  

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.Namun,kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

PENGARUH EMOSIONAL

Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang gemuk dahaga akan kasih-sayang, seperti masakan ibu sebagai simbol kasih terhadap mereka. Ia juga dianggap kelebihan makan sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam hidupnya.

Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang berbadan normal .Meski banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahgiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukan.

Dalam suatu masyarakat tubuh kurus sering dikaitkan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukaran mengendalikan diri terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan perilaku makan . Orang gemuk seringkali mengatakan mereka cenderung makan lebih banyak kerana tertekan,cemas dan membuktikan kebenaran.

Orang gemuk makan lebih bamyak masa dalam suatu keadaan yang sangat tertekan.Manakala orang yang dalam keadaam normal makan dalam situasi yang kurang tertekan(Mckenna,1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White(1977)pada kumpulan orang yang berat badan berlebihan dan kumpulan orang yang mempunyai berat badan kurang dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, mernngsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingakan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang yang berat badan berkurangan , selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.




• Pemakanan yang seimbang



Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.



Makanan dan kesesuaian



Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

• Senaman




Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.



Kenapa perlu bersenam?



Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.


Mengubah tabiat


Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.



UBAT-UBATAN

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan .ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat merupakan ubat antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubat-ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu juga boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu jus mate 5.produk tersebut dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan dr. rozmey membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin member kesan buruk.


Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang ‘besar’ badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara. Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.

kesihatan seksual terjejas

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.
Dalam kajian tersebut seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.
Manakala wanita yang mengalami obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.
Kajian tersebut telah dilakukan di Perancis dan United Kingdom dan diterbitkan di British Medical Journal (BMJ) yang dimiliki oleh British Medical Association. Walaubagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi, budaya dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan di tempat lain.


Kerugian dari segi wang ringgit dan muncul masalah yang lebih parah kesan daripada pegambilan pil-pil pelansing dan rawatan pembedahan

Ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka.

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Pebedahan-pembedahan yang bertujuan untuk buang lemak juga tidak berkesan, merugikan kewangan atau menelan belanja yang tinggi malah boleh meragut nyawa individu yang menjalani pembedahan ini.


Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti.